Sunday 15 January 2012

Sampai bila...

Assalamualaikum...

Dalam hati kadang-kadang tertanya-tanya
sampai bila kita nak diet ni..
kita tak tahu
kalau ikutkan timbangan rasanya banyak kilo
lagi ....10 kg lebih kena kurangkan
baru dapat berat badan ideal
kalaulah kita dapat sampai 55 kg..
aduh...ringannya kita
mesti kecut habis
agak-agak ada tak orang cemburu kan kita

(macamlah retis sangat....)
tak...maksudnya cemburu tengok kita kurus
jadi bila dah cemburu mereka ingin melihat kita
kembali kepada asal....ada ke manusia macam ni
tapi tak mustahil....
jadi sekarang kita kena ubah cara makan kita
kita tak mau jadi macam asal...kita nak teruskan
diet sampai bila-bila...
Jadi kita dah dapat jawapannya...

P/s....say no to nasi....






Tuesday 10 January 2012

Pembetulan D30KG

Assalamualaikum...


Nak cerita sikit..
Puan penganjur D30KG rupa-rupanya
menghadkan peserta di atas 80kg sahaja
untuk masuk contest ini
Kita tidak layak seratus peratus
tapi ada contest lain


Tidak mengapalah
kita sekarang tidak mengamalkan atkins sangat
kita makan nasi  kadang-kadang sekali
kadang-kadang dua kali
ikut keadaan...kalau lapar sangat kita akan makan
benda lain sebelum nasi...minum air dahulu
jadi bila dah separuh penuh dengan air
makan nasi itu adalah macam tak lalu


Timbang sekali seminggu
sentiasa turun naik ..yang penting tidak terlajak
banyak sangat...Sememangnya nak turun dulu 
laju saja...sekarang nak timbangan di paras yang sama
sangatlah susah...
kita berusaha untuk seimbangkan angka itu
kita akan berpuasa seminggu dua kali..
itu saja cara untuk kurangkan selera makan ni...


Air manis seminggu sekali adalah juga diminum
kita bukan manusia luar biasa
jadi sebagi manusia biasa kita terdedah dengan 
menu-menu yang sangat sedap...yang melumpuhkan
semangat diet kita


Mujurlah masih ada sahabat-sahabat yang sering
memberi semangat...yang menyokong kita
Alhamdulilah...Semoga Allah tetapkan hati kita
kita tidak mahu jadi seperti sebelum ini
Kita diet sama-sama hingga akhirnya..


Wassalam

Sunday 8 January 2012

D30KG

Assalamualaikum..

D30KG...
Macam nama durian pun ada...
Sebenarnya nama program diet
Zalia @Zel jadi puan penganjurnya
Siapapun boleh masuk
baca sini

Untuk yang baru belajar diet kat sini
boleh dapat banyak info
ramai otai-otai diet
tapi kena ada akaun fb KMMK
tak apa daftar je...

Kita pun tak tahu nak masuk ke tidak
Cadang hati tu nak juga menguji ketahanan diri
boleh ke mak cik oii...
Apa pun kita tunggu esok la...
malam ni nak fikir-fikir dulu.

Wassalam.