Tuesday 10 January 2012

Pembetulan D30KG

Assalamualaikum...


Nak cerita sikit..
Puan penganjur D30KG rupa-rupanya
menghadkan peserta di atas 80kg sahaja
untuk masuk contest ini
Kita tidak layak seratus peratus
tapi ada contest lain


Tidak mengapalah
kita sekarang tidak mengamalkan atkins sangat
kita makan nasi  kadang-kadang sekali
kadang-kadang dua kali
ikut keadaan...kalau lapar sangat kita akan makan
benda lain sebelum nasi...minum air dahulu
jadi bila dah separuh penuh dengan air
makan nasi itu adalah macam tak lalu


Timbang sekali seminggu
sentiasa turun naik ..yang penting tidak terlajak
banyak sangat...Sememangnya nak turun dulu 
laju saja...sekarang nak timbangan di paras yang sama
sangatlah susah...
kita berusaha untuk seimbangkan angka itu
kita akan berpuasa seminggu dua kali..
itu saja cara untuk kurangkan selera makan ni...


Air manis seminggu sekali adalah juga diminum
kita bukan manusia luar biasa
jadi sebagi manusia biasa kita terdedah dengan 
menu-menu yang sangat sedap...yang melumpuhkan
semangat diet kita


Mujurlah masih ada sahabat-sahabat yang sering
memberi semangat...yang menyokong kita
Alhamdulilah...Semoga Allah tetapkan hati kita
kita tidak mahu jadi seperti sebelum ini
Kita diet sama-sama hingga akhirnya..


Wassalam

No comments:

Post a Comment