Sunday 9 October 2011

Warkah 5

Assalamualaikum....

Sudah empat hari badan tak berapa sihat
tekak sakit..mata berair badan panas
tapi selera makan tak berubah masih boleh makan
nak puasa...kesian pulak kat badan
nak jadi cerita tekak nak makan laksa
aduh...tapi tak apalah ...buat jugaklah
kita makan laksa ...makan kuah sahaja dengan
sayur dan telur....memang hebat...jadilah asal namanya laksa.

Minggu ni timbangan kedua...aduh boleh ke tak boleh ni
(tapi hari-hari timbang)
bukan apa ..kita takut hari timbang tu angka nya terbalik pulak
nasibla...

Boleh percaya ke...terserahlah...20 tahun kita gemuk
baju kita semua besar-besar...
masa nak ambil gambar ni gelabah cari baju...
kita geledah almari anak dara kita
jumpalah baju ni...caya tak kita dah boleh pakai
baju anak dara kita...alhamdulilah..

Memang ramai sahabat dan jiran yang terkejut
bila jumpa dengan kita...
Tak kurang makcik yang umur 60 tahun
hari tu makcik tu datang rumah...nak bayar duit korban
dia tanya ada timbang tak...kita pun ambilkan dia
dia timbang dia kata dulu dia 79...sekarang 74kg
dia kata dia tak boleh ikut diet kita...sebab dia tak boleh
tak minum air manis...tapi dia makan nasi kurang dari yang biasa
dan dah tak makan malam....makcik ni sakit lutut...badan agak gempal
ha...agak-agak berfaedah tak kalau kita kurus...
rupanya benar kata-kata...Tuhan tidak jadikan sesuatu itu walaupun
kecil dengan sia-sia....maha suci Allah.

Tuhan bagi peluang pada kita 20tahun hidup dalam
dunia mewah dalam bab makan...makanlah selagi boleh
sampai satu tahap tuhan ambil balik nikmat itu
sekarang .... kita berusaha mengeluarkan semula apa
yang kita telah kita telan....


Agak-agak apa yang kita telan.......

Hu..hu...

Jumpa dilain masa

Wassallam..

No comments:

Post a Comment